Monday, April 10, 2017

Hanya 500 sambut Haji Hadi di lapangan terbang

Karier politik Presiden Pas Dato' Seri Hadi Awang di Terengganu semakin suram selepas hanya 500 penyokong beliau hadir memberi sokongan di Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Nerus.

Jumlah berkenaan meleset daripada sasaran awal parti pembangkang itu yang menjangkakan lebih 10 ribu penyokong tegar Pas.

Bagi Parti Amanah Negara (Amanah), melihat angka ini menunjukkan taring politik Hadi semakin malap dan bakal ditolak oleh rakyat terutamanya penyokong Pas Terengganu.

Sehari dua ini Pas riuh 'bising bangor' mahu mengumpul seberapa ramai ahli mereka untuk berkumpul dan berkonvoi mengiringi Ahli Parlimen Marang dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud ke Rusila namun hasrat tersebut tidak kesampaian.


Rata-rata masyarakat mempersoalkan kredibiliti Hadi yang tidak mendapat sokongan parti pembangkang lain dalam membawa usul Rang Undang-Undang Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (RUU355) yang dibentangkannya di Dewan Rakyat pada minggu lalu.

Amanah yang kini bersiap sedia bertanding tiga penjuru dalam Pilihan Raya Umum ke 14 bagi negeri Terengganu dan akan meletakkan semua calon mereka di setiap kerusi yang ditandingi oleh Pas.

Ketua Amanah Terengganu, Raja Bahrin berkeyakinan mampu meraih sekurang-kurangnya 24 kerusi dan mahu merampas kerusi milik Pas.

No comments:

Post a Comment